Kapal penabur ranjau

Penabur ranjau atau minelayer (juga dikenali sebagai kapal penabur ranjau), ialah nama umum bagi mana-mana kapal perang, kapal selam, pesawat tentera atau kenderaan darat yang digunakan untuk menabur periuk api. Sejak Perang Dunia Pertama, istilah "minelayer" secara khusus merujuk kepada kapal tentera laut yang digunakan untuk menabur periuk api laut."Penanaman periuk api" (mine planting) pula merupakan istilah yang digunakan untuk pemasangan periuk api terkawal di lokasi-lokasi tertentu sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan pantai atau laluan masuk pelabuhan. Periuk api jenis ini akan diletupkan oleh kawalan dari darat apabila sesebuah kapal dikenal pasti berada dalam lingkungan berkesan periuk api tersebut.

Dalam tentera darat, kenderaan kejuruteraan tempur khas yang digunakan untuk menabur periuk api darat juga kadangkala dipanggil "minelayer".