Kapal Sepanyol Juan Carlos I
Juan Carlos I di Las Palmas, Mei 2011
| |
| Sejarah | |
|---|---|
| Spain | |
| Nama: | Juan Carlos I |
| Bersempena dengan: | Raja Carlos I dari Sepanyol |
| Dipesan: | 5 September 2003 |
| Pembina: | Navantia |
| Kos: | € 462 juta (~AS$ 600 juta) |
| Dibaringkan: | Mei 2005 |
| Dilancarkan: | 22 September 2009 |
| Ditauliah: | 30 September 2010 |
| Pelabuhan asal: | Stesen Tentera Laut Rota, Rota |
| Pengenalan: | Nombor pennant: L61 |
| Status: | Aktif setakat 2016 |
| Lencana: | |
| Ciri-ciri umum | |
| Kelas dan jenis: | Kelas-Juan Carlos I |
| Sesaran: | 26,000 tan |
| Panjang: | 230.82 m (757.3 ka) |
| Lunas: | 32 m (105 ka) |
| Draught: | 6.9 m (23 ka) |
| Jana kuasa: | 2 × 11 MW POD |
| Halaju: | 21 knot (39 km/j; 24 mph) |
| Jarak: | 9,000 batu nautika (17,000 km; 10,000 bt) pada 15 knot (28 km/j; 17 mph) |
| Bot & lancang yang dibawa: | Empat buah LCM-1E |
| Kapasiti: | 913 tentera+ sehingga 46 buah kereta kebal Leopard 2E |
| Anak kapal: |
|
| Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
| Peperangan elektronik & pengumpan: | REGULUS dan RIGEL |
| Persenjataan: |
|
| Pesawat yang dibawa: | AV-8B Harrier II, Chinook, Sea King, NH-90 |
| Nota: |
Komposisi pesawat: Bagi pertempuran: 25 AV-8B/F-35B + 6 tempat di dek penerbangan Campuran: 11 AV-8B + 12 NH90 + 6 tempat di dek penerbangan Bagi pengangkutan: 25 NH90 + 6 tempat di dek penerbangan |
Juan Carlos I adalah sebuah kapal pengangkut pesawat-kapal serangan amfibia pelbagai peranan yang berkhidmat di dalam perkhidmatan Tentera Laut Sepanyol (Armada Española). Ia berperanan serupa dengan kapal-kapal pengangkut pesawat lain, kapal ini memiliki sebuah landasan lompatan-ski untuk tujuan operasi pesawat STOVL, dan juga dilengkapi dengan pesawat penyerang AV-8B Harrier II. Kapal ini dinamakan bersempena dengan Juan Carlos I, bekas Raja Sepanyol.
Kapal baharu ini memainkan peranan penting dalam armada tentera laut Sepanyol, iaitu sebagai sebuah pelantar yang bukan hanya mengantikan kapal pendaratan kereta kebal kelas-Newport, Hernán Cortés dan Pizarro untuk menyokong pergerakan Marines dan pengangkut strategik pasukan darat, tetapi juga bertindak sebagai platform untuk pesawat di atas pengangkut mengantikan kapal pengangkut pesawat Príncipe de Asturias.