Kanun Amerika Syarikat
Beberapa jilid anotasi Kanun Amerika Syarikat | |
| Umum | |
|---|---|
| Penyunting | Pejabat Peguam Semakan Undang-undang |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Pejabat Percetakan Pemerintah |
| Kawalan kewibawaan | |
| OCLC | 2368380 |
| Terjemahan | Kanun Amerika Syarikat di Wikisumber |
Kanun Undang-undang Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: Code of Laws of the United States of America; singkatan: USC) atau Kanun Amerika Syarikat sahaja merupakan penyusunan dan pengkanunan rasmi bagi statut-statut persekutuan umum dan tetap Amerika Syarikat. Ia mengandungi 53 judul (judul 1–54, kecuali judul 53 yang dikhaskan). Edisi utama diterbitkan setiap enam tahun oleh Pejabat Peguam Semakan Undang-undang Dewan Perwakilan dan bahagian tambahan kumulatif pula diterbitkan pada setiap tahun. Versi rasmi untuk undang-undang yang tidak dikanunkan dalam Kanun Amerika Syarikat boleh dijumpai di United States Statutes at Large.