Kanggaru

Kanggaru
Kanggaru kelabu timur betina
dengan anaknya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Order:
Diprotodontia
Suborder:
Macropodiformes
Keluarga:
Macropodidae

Gray, 1821
  • Macropus
  • Osphranter

Kanggaru (Jawi: كڠݢارو) atau kangguru ialah sejenis marsupial yang tergolong dalam keluarga Macropodidae yang ditemukan di benua Australia. Ada empat jenis kanggaru yang besar dalam keluarga tersebut, iaitu kanggaru merah, kanggaru antelop, kanggaru kelabu timur dan kanggaru kelabu barat dalam genus Macropus.

Kerajaan negara Australia menganggarkan 42.8 juta ekor kanggaru hidup dalam kawasan pertanian komersil negara tersebut pada tahun 2019, menurun daripada 53.2 juta ekor pada tahun 2013. Secara amnya, kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula diancam kepupusan.