Kancah Operasi Eropah, Tentera Darat Amerika Syarikat
| Kancah Operasi Eropah, Tentera Darat Amerika Syarikat (ETOUSA) | |
|---|---|
| Aktif | 1942–45 |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Cawangan | Tentera Darat Amerika Syarikat |
| Jenis | Kancah Ketenteraan |
| Peranan | Markas Besar |
| Sebahagian daripada | Jabatan Perang Angkatan Ekspedisi Bersekutu |
| Nama samaran | "ETOUSA" |
| Peringatan | Hari V-E (8 Mei) |
| Kempen | Perang Dunia II |
| Komander | |
| Komander terkenal | Dwight D. Eisenhower Frank Andrews Jacob Devers |
Kancah Operasi Eropah, Tentera Darat Amerika Syarikat (ETOUSA) adalah sebuah formasi Tentera Darat Amerika Syarikat yang mengarah operasi Tentera Darat AS di bahagian-bahagian Eropah dari tahun 1942 hingga 1945. Ia merujuk kepada operasi Angkatan Tempur Tentera Darat, Angkatan Udara Tentera Darat, dan Angkatan Perkhidmatan Tentera Darat di utara Itali dan pesisiran Mediterranean, dalam Kancah Eropah Perang Dunia II. Ia bersempadan di selatan oleh Kancah Operasi Afrika Utara, Tentera Darat AS (NATOUSA), yang kemudian menjadi Kancah Operasi Mediterranean (MTOUSA).
Istilah kancah operasi telah ditakrifkan dalam manual medan Tentera Darat AS sebagai kawasan darat dan laut yang di serang atau dipertahankan, termasuk kawasan-kawasan yang diperlukan bagi insiden aktiviti pentadbiran untuk operasi ketenteraan. Selaras dengan pengalaman Perang Dunia I, ia biasanya dibayangkan sebagai satu kelompok tanah besar dimana operasi terus menerus akan berlaku dan dibahagikan kepada dua kawasan utama-iaitu zon pertempuran, atau kawasan aktif bertempur, dan Zon Komunikasi, atau kawasan yang diperlukan untuk mentadbir kancah. Sewaktu kemaraan tentera, kedua-dua zon ini dan kawasan yang ia dibahagikan akan beralih depan ke kawasan kawalan geografi yang baru.