Pokok ganja

Ganja
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Cannabaceae
Genus:
Cannabis
Spesies:
C. sativa
Nama binomial
Cannabis sativa
Subspesies
C. sativa L. subsp. sativa
C. sativa L. subsp. indica

Pokok ganja ialah herba tahunan yang tergolong dalam genus dioecious, keluarga Cannabaceae, dan order Rosales (dahulunya order Urticales). Dalam mengelaskan pokok ganja, kontroversi filogenetik berlaku sama ada pokok ganja yang ditanam/dibiak datang dari satu spesis (Cannabis sativa) atau dari pelbagai spesis (Cannabis indica, Cannnabis ruderalis atau Cannabis americana).

Pokok ganja boleh hidup dalam pelbagai iklim. Tumbuhan ini mempunyai serabut yang kuat yang dikenali sebagai gentian hem dan digunakan dalam industri tekstil. Biji pokok ganja digunakan sebagai makanan burung mempunyai kandungan protein, asid lemak rantai panjang dan tenaga yang tinggi. Pokok ganja mengandungi bahan halusinogenik dan bahan kimia aktif psikoaktif dan psikologi lain seperti cannabinoid. Putik/pucuk dan daunnya boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan rekreasi. Penyediaan sebegini dipanggil Ganja. Ganja digunakan dengan cara menelannya atau dengan cara menghisap bersama tembakau atau tanpa tembakau. Ada juga keju yang dihasilkan berasaskan lemak ganja. Di beberapa negara di Eropah memberi lembu tenusu makanan dari pokok kanabis kerana dipercayai ia menggalakkan pengeluaran susu.