Kana Hanazawa

Kana Hanazawa
花澤 香菜
Hanazawa di acara peminat Demon Slayer di Seoul pada tahun 2024.
Kelahiran (1989-02-25) 25 Februari 1989
Tokyo, Jepun
Pekerjaan
Tahun aktif2003–kini
EjenPejabat Osawa
PasanganKenshō Ono (k. 2020)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakaman
Laman web rasmihanazawa-kana.com

Kana Hanazawa (花澤 香菜, Hanazawa Kana, lahir 25 Februari 1989) ialah seorang pelakon, pelakon suara latar dan penyanyi wanita kelahiran Jepun. Seorang penghibur suara prolifik dalam anime, beliau telah mengumpul beberapa kredit filem dan televisyen sejak penampilan sulungnya pada tahun 2003. Beliau memenangi Anugerah Seiyu untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada tahun 2015, dan memenangi Anugerah Anime Newtype untuk Pelakon Suara Terbaik tiga kali pada tahun 2015, 2017 dan 2018.

Single sulungnya, "Hoshizora Destination" (星空☆ディスティネーション), telah dikeluarkan pada 25 April 2012, di bawah label Aniplex/Sony Music Entertainment Japan.