Kampung Sungai Gersik

Kampung Sungai Gersik atau Sungai Gersik atau Sungai Resik atau hanya Gersik terletak di Sri Menanti, Sungai Balang, sekitar 10 km dari Parit Jawa, Muar, Johor, Malaysia. Kampung Sungai Gersik telah dibuka oleh peneroka-peneroka bangsa Jawa yang telah berhijrah dari Jawa, Indonesia. Pendatang-pendatang Jawa ini telah membuka tanah baru di kawasan kampung yang mempunyai sebatang sungai yang mengalirkan air yang jernih. Mereka terus memanggil tempat ini Sungai Resik atau Sungai Gersik. "Resik" dalam bahasa Jawa bermaksud "bersih". Namun ejaan rasminya kini ialah Gersik untuk mengelakkan kekeliruan hasil dari persamaan nama dengan tempat Grisek di Bukit Gambir, Ledang, Muar.