Kampung di Jepun
| Bahagian Pentadbiran Jepun |
|---|
| Peringkat Prefektur |
| Prefektur (都道府県 todōfuken) |
| Peringkat Subwilayah |
| Subwilayah (支庁 shichō) |
| Peringkat Kawasan Perbandaran |
| Bandar Terancang (政令指定都市 seirei-shitei-toshi) Bandar Istimewa Wad Istimewa (Tokyo) |
| Peringkat Subkawasan Perbandaran |
| Wad (区 ku) |
Kampung (村 mura, juga dikenali sebagai son) merupakan salah satu unit pentadbiran tempatan di Jepun.
Ianya merupakan badan awam tempatan bersama-sama dengan wilayah (県 ken, atau pun yang sama maksud dengannya), bandar (市 shi) dan pekan (町 chō, ataupun machi).
Pada asalnya, kampung merupakan sebuah kawasan penempatan yang sangat besar daripada apa yang ada pada masa kini, tetapi selepas di bahagikan menjadi sebahagian daripada daerah yang kemudiannya dibahagikan kepada pekan, maka kawasan yang bukan dibawah daerah serta pekan tersebutlah kawasan perkampungan pada masa kini.
Selepas daripada proses pergabungan kawasan perbandaran, bilangan kampung-kampung di Jepun mula berkurangan.