Kamov Ka-60
| Ka-60 "Kasatka" | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Helikopter pengangkut / utiliti |
| Pengeluar | Kamov |
| Penerbangan sulung | 24 Disember 1998 |
| Pengguna utama | Tentera Udara Rusia |
| Jumlah dibina | 8 |
Kamov Ka-60 (Rusia: "Касатка", "paus pembunuh") adalah sebuah helikopter pengangkut dan utiliti yang kini digunakan oleh Tentera Udara Rusia. Pembangunan helikopter ini adalah bertujuan untuk mengantikan angkatan helikopter Mil Mi-8 bagi misi-misi pengawasan, mengangkut pasukan serangan udara, penyesak radio elektronik, operasi khas dan pengangkut ringan. Helikopter ini dikeluarkan di Ulan-Ude.