Kami (filem)

Kami
Poster Filem
PengarahPatrick Yeoh
Penulis
  • Patrick Yeoh
  • Sudirman (penterjemah katabual)
Cerita olehPatrick Yeoh
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiAziz Yusof
Disunting olehSalehan Shamsuddin
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Indra Filem Productions Distributions Sdn. Bhd.
Tarikh tayangan
  • 27 Mei 1982 (1982-05-27) (Malaysia)
Masa tayangan
100 Minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 272,979.51

Kami (digayakan dalam filem sebagai KAMi) merupakan sebuah filem cereka drama Malaysia 1982 terbitan Indra Filem Productions dan Distributions Sdn. Bhd. Filem ini ditayangkan pada 27 Mei 1982 dan diklasifikasikan sebagai tayangan umum.

Filem ini telah diarahkan oleh Patrick Yeoh, yang juga bertindak sebagai penulis skrip (ditunjukkan pada senarai nama akhir filem sebagai penulis katabual) dan diterbitkan oleh dua orang pemilik syarikat penerbitan filem tersebut iaitu Zain & Zaharan. Patrick Yeoh adalah salah satu pengarah bukan Melayu yang pertama mengarah filem Melayu, dan juga filem ini adalah filem pertama arahannya, sejak beberapa dekad penglibatan beliau didalam dunia perfileman. Filem ini menampilkan unsur-unsur kemanusiaan dan kehidupan sebenar mereka yang miskin dan melarat di ibu kota, Kuala Lumpur.

Filem ini menarik perhatian pada masa kini kerana ia satu-satunya filem lakonan Sudirman (Allahyarham Dato') sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi dan penghibur terkenal, tetapi disambut secara agak hambar pada tahun tersebut kerana kerjaya Sudirman sewaktu itu masih diperingkat awal dan filem ini mempunyai jalan cerita dan persembahan yang lain daripada yang biasa ditonton oleh masyarakat pada masa itu.