Kami (Shinto)

Kami () merupakan kuasa atau roh ghaib yang disanjung dan dipuja dalam anutan Shintoisme, baik dari unsur-unsur dan fenomena alam sekitar mahupun sebarang jasad (being) berciri tersendiri lagi-lagi daripada leluhur atau orang yang telah meninggal dunia. Kuasa-kuasa ini dipercayai tidak terasing daripada alam malah merupakan sebahagian alam ini dengan ciri-ciri positif dan negatif hasil penzahiran musubi (結び) dianggap yang menghubungankan segala benda dalam alam semesta.

Kami dipercayai tersembunyi dari dunia ini, dan mendiami satu alam selari yang melengkapi dunia manusia iaitu shinkai (神界, "alam dewata").