Kaley Cuoco
Kaley Cuoco | |
|---|---|
Cuoco di San Diego Comic-Con 2017 | |
| Kelahiran | Kaley Christine Cuoco 30 November 1985 Camarillo, California, A.S. |
| Nama lain | Kaley Cuoco-Sweeting |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1992–kini |
| Pasangan | Ryan Sweeting (k. 2013; c. 2016) Karl Cook (k. 2018) |
Kaley Christine Cuoco (/ˈkeɪli ˈkwoʊkoʊ/ KAY-lee-_-KWOH-koh; lahir 30 November 1985) merupakan pelakon Amerika Syarikat. Beliau mula terkenal menerusi sitkom 8 Simple Rules sebagai Bridget Hennessy dari tahun 2002-2005 dan sebagai Billie Jenkins menerusi siri TV, Charmed (2005–2006). Pada tahun 2007, beliau muncul sebagai Penny menerusi sitkom The Big Bang Theory, yang mana melayakkan beliau menerima beberapa anugerah seperti Pelakon Wanita Terbaik di Satellite Award, Pelakon Pembantu Wanita dalam Siri Komedi Terbaik di Critics' Choice Television Award, dan People's Choice Awards. Cuoco juga pernah muncul dalam filem seperti To Be Fat like Me (2007), Hop (2011) dan Authors Anonymous (2014). Pada tahun 2014, beliau menerima bintang Hollywood Walk of Fame.