Kakaktua Hitam Paruh Pendek
| Kakaktua Hitam Paruh Pendek | |
|---|---|
| Betina terbang dan jantan bertenggek pada pokok | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Superkeluarga: | |
| Keluarga: | |
| Subkeluarga: | Calyptorhynchinae
|
| Genus: | |
| Subgenus: | Zanda
|
| Spesies: | C. latirostris
|
| Nama binomial | |
| Calyptorhynchus latirostris Carnaby, 1948
| |
| Taburan dalam warna merah | |
Kakaktua Hitam Paruh Pendek atau Kakaktua Hitam Carnaby Calyptorhynchus latirostris ada sejenis spesies kakaktua yang berasal dari barat daya Australia. Ia juga dikenali sebagai Kakaktua Hitam Besar, atau ringkasnya Kakaktua Carnaby. Bulunya berwarna hitam dengan ekor berwarna putih dan tompokan putih pada pipinya. Burung jantan dewasa memiliki cincin merah jambu di sekeliling mata, dan tompokan putih pada pipi, manakala burung betina pulu mempunyai cincin mata berwarna gelap dan tompokan putih cerah pada pipinya.
Kakaktua Hitam Carnaby dikelaskan sebagai spesies Terancam di bawah Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Alam Sekitar 1999, dan Jadual 1 "fauna yang jarang atau mungkin akan pupus" oleh Pemuliharaan Hidupan Liar Australia Barat (Fauna Dilindungi Khas) Notis 2008(2) di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 1950. Saiz populasi Kakaktua Carnaby jatuh lebih daripada 50% sejak 45 tahun lepas, dan sehingga satu per tiga dari kawasan pembiakkan tradisinya di kawasan Wheatbelt di Australia Barat telah ditinggalkan.