Kaitlyn Dever

Kaitlyn Dever
Kaitlyn pada 2025
Kelahiran
Kaitlyn Rochelle Dever

(1996-12-21) 21 Disember 1996
WarganegaraAmerika
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2009–kini
Laman web rasmihttp://www.kaitlyndever.com/

Kaitlyn Rochelle Dever (/ˈdvər/ DEE-ver; lahir 21 Disember 1996) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Beliau telah muncul dalam beberapa siri televisyen, termasuk Justified (2011-2015) dan Last Man Standing (2011-kini), dan membintangi siri mini Netflix Unbelievable (2019) yang mana beliau memperoleh pencalonan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik - Siri Mini.

Dalam filem, Dever telah berlakon dalam beberapa filem termasuk Bad Teacher (2011), The Spectacular Now (2013), Short Term 12 (2013), Detroit (2017), dan Beautiful Boy (2018). Beliau juga menjayakan peranan utama dalam filem-filem 2019 Them That Follow dan Booksmart.