Kadbod
Kadbod merupakan istilah umum bagi sejenis kertas tugas berat yang berbagai-bagai kekuatannya, baik susunan ringkas sehelai kertas tebal mahupun bentukan kompleks yang terdiri daripada banyak lapisan gelugur mahupun tak gelugur.
Biarpun meluas disebutkan dalam bahasa umum, namun istilah "kadbod" sudah dilupuskan dari kegunaan perniagaan dan industri. Pengeluar bahan, pengilang kontena, jurutera pembungkusan, mahupun pertubuhan piawaian, cuba menggunakan peristilahan yang lebih spesifik.