Kad pintar
Kad pintar ialah sejenis kad bersaiz poket yang dipautkan dengan litar bersepadu. Ia diperbuat daripada pelastik, biasanya polvinil klorida (PVC), namun kadang-kadang poliester berasaskan polyetilena tereftalat (polyethylene terephthalate), akrilonitril butadiena stirena atau polikarbonat.
Kad pintar boleh digunakan untuk pengenalan, pengesahan, penyimpanan data dan pemprosesan aplikasi. Kad pintar mungkin menyediakan pengesahan keselamatan yang kuat untuk daftar diri tunggal (SSO, single sing-on) dalam pertubuhan-pertubuhan besar.