Kabinet Ismail Haniyeh pertama

Kabinet Ismail Haniyeh pertama

Kabinet Pihak Berkuasa Palestin Ke-10
Tarikh dibentuk29 Mac 2006
Tarikh dibubarkanMac 2007
Orang dan pertubuhan
Ketua negaraMahmud Abbas
Ketua kerajaanIsmail Haniyeh
Timbalan ketua kerajaanNasiruddin Al-Syair
Bilangan menteri25
Jumlah bilangan menteri25
Parti anggotaHamas
Status dalam badan perundanganPemerintahan majoriti
Parti pembangkangFatah
Ketua pembangkangMahmud Abbas
Sejarah
Pilihan rayaPerundangan 2006
PendahuluKabinet Ahmed Qurei ketiga
PenggantiKabinet Ismail Haniyeh kedua

Kerajaaan Pihak Berkuasa Palestin Mac 2006, juga dikenali dengan Kabinet Ismail Haniyeh pertama, ialah sebuah pemerintahan bagi Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin, yang diketuai oleh Ismail Haniyeh, yang mengangkat sumpah pada 29 Mac 2006 dan disusuli dengan kerajaan perpaduan Palestin pada 17 Mac 2007. Pada 25 Januari 2006, Hamas telah memenangi pilihan raya bagi Majlis Perundangan Palestin (PLC) dengan 44.4% undian berbanding 41.4% diperoleh Fatah. Ketuanya, Ismail Haniyeh membentuk kerajaan, yang menggabungkan ahli parlimen Hamas dengan empat orang ahli parlimen bebas, selepas Fatah dan kumpulan lain menolak untuk membentuk kerajaan dengan Hamas. Ini ialah pemerintahan pihak berkuasa Palestin pertama yang diterajui Hamas di wilayah Palestin.