HNLMS Isaac Sweers (F814)
HNLMS Isaac Sweers merupakan friget Belanda F814, versi kelas RN Leander. Ia dibina pada 1968 dan telah dipertingkatkan sebelum di pindahkan kepada angkatan laut Indonesia 1990. Antaranya adalah peluru berpandu asal SAM Sea Cat telah digantikan dengan peluru berpandu Mistrall dengan dua pelancar SAM Simbad Twinmissile.
KRI Karel Satsuitubun diletakkan dalam angkatan PAC. KRI Karel Satsuitubun dibina oleh Koninklijke Mattshappij de Schelde, Vlissingen, Netherlands.
Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Karel Satsuitubun adalah KRI Ahmad Yani, KRI Yos Sudarso, KRI Oswald Sihaan, KRI Abdul Halim Perdanakusuma, dan KRI Slamet Riyadi.
KRI Karel Satsuitubun mempunyai 180 orang (penuh) anak kapal termasuk pegawai. KRI Karel Satsuitubun dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare", dan juga sistem sonar bagi pertempuran kapal selam, dengan bom laut Mark MK-32 buatan AS.(A-61).
Kapal KRI Karel Satsuitubun sepanjang 113.42m; 12.51meter * 4.57meter ( 372.1kaki panjang * 41kaki * 15kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.5 knot. KRI Karel Satsuitubun mempunyai seseran 2,940 tan penuh.