KD Tun Abdul Razak
KD Tun Abdul Razak merupakan kapal selam kedua milik Tentera Laut Diraja Malaysia. KD Tun Abdul Razak dibawa pulang dari Toulon, Perancis pada 30 April 2010 dan tiba di Malaysia pada 2 Julai 2010 di pangkalan TLDM Lumut . Ia diserahkan kepada TLDM pada 25 Januari 2010.
KD Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.