Jurnal
Jurnal (Jawi: جورنل serapan Belanda: journaal) atau makalah (Jawi: مقاله serapan Arab: مَقَالَة, rumi: maqālah terbitan kata kerja قَالَ qāla "berkata; bercakap") mempunyai beberapa maksud yang berkaitan:
- buku catatan harian tentang peristiwa atau perniagaan; jurnal persendirian dipanggil diari
- akhbar atau terbitan berkala harian
- majalah atau terbitan berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu, seperti jurnal akademik.