Juneteenth

Juneteenth
Keraian Hari Pembebasan di Richmond , Virginia, tahun 1905.
Nama rasmiJuneteenth
Juga dikenali sebagai
Hari Kebebasan, Hari Jubli, Hari Pembebasan, Hari Emansipasi (TX)
Diraikan oleh/di
47 negeri Amerika Syarikat, khususnya dalam kalangan bangsa kulit hitam
JenisBersejarah
KepentinganPembebasan hamba bangsa Afrika yang masih ada dalam Negeri-Negeri Gabungan
Upacaramemperingati kemajuan dibawa bangsa kulit hitam
Tarikh19 Jun
KekerapanTahunan

Juneteenth (kata lakur June "Jun" dan nineteenth "ke-sembilan belas" - "Hari ke-Jun-belas"), - juga dikenali sebagai Hari Kebebasan (Freedom Day) Hari Kegembiraan/Jubli (Jubilee Day) Hari Pembebasan (Liberation Day), dan Hari Emansipasi (Emancipation Day) - ialah tanggal hari yang disambut dalam Amerika Syarikat untuk meraikan pembebasan golongan kulit hitam yang telah diperhambakan di negara tersebut pada 19 Jun . Ia dahulunya cuti negeri khusus dari Texas di mana ia memperingati ketibaan jeneral tentera Kesatuan Gordon Granger ke negeri tersebut mengumumkan perintah persekutuan mengisytiharkan semua orang yang diperhambakan telah merdeka di Galveston pada tarikh sama tahun 1865.

Hari ini telah menyebar ke banyak negeri lain, sebanyak 43 negeri AS selain Daerah Columbia mengakui serta mengiktiraf peristiwa ini selewat 2013.