June Lojong
June Lojong | |
|---|---|
| Kelahiran | Junainah binti M. Lojong 7 Julai 1978 |
| Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2016–kini |
| Pasangan | Namron (k. 2004) |
| Anak-anak | 3 |
Junainah "June" M. Lojong (lahir 7 Julai 1978) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah isteri kepada pelakon veteran, Nam Ron dan banyak bergiat aktif dalam televisyen, filem dan teater. Menerusi filem Redha lakonannya, June memenangi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-29. Selain itu, beliau juga memiliki wajah seiras pelakon, Nadiya Nisaa.
Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.