Jumanji: Welcome to the Jungle
| Jumanji: Welcome to the Jungle | |
|---|---|
| Pengarah | Jake Kasdan |
| Lakon layar |
|
| Cerita oleh | Chris McKenna |
| Berdasarkan | Jumanji oleh Chris Van Allsburg |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Gyula Pados |
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh | Henry Jackman |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | Sony Pictures Entertainment |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 119 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | English |
| Bajet | $90–110 juta |
| Pecah panggung | $118.3 juta |
Jumanji: Welcome to the Jungle merupakan filem komedi, pengembaraan dan aksi Amerika Syarikat tahun 2017 yang diarah oleh Jake Kasdan serta ditulis oleh Kasdan, Chris McKenna, Erik Sommers, Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner. Ia merupakan susulan dari Jumanji (1995). Filem ini dibintangi oleh Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas dan Bobby Cannavale. Ia berkisarkan empat orang remaja yang diserap masuk ke dalam dunia permainan video Jumanji dan menjadi watak-watak permainan yang mereka pilih. Mereka perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan untuk pulang ke dunia sebenar. Filem ini merupakan penghormatan kepada Robin Williams, pelakon asal filem ini, yang meninggal dunia pada tahun 2014.
Pengambaran filem ini dilakukan di Hawaii pada September 2016. Jumanji: Welcome to the Jungle telah ditayangkan di Grand Rex di Paris pada 5 Disember 2017 dan disiarkan di Amerika Syarikat pada 20 Disember 2017. Filem ini menerima pujian dari pengkritik filem dan mendapat keuntungan $118 juta dari seluruh dunia.