Julius Malema
Julius Sello Malema (lahir 3 Mac 1981) ialah seorang ahli politik dari Afrika Selatan. Beliau menubuhkan serta mengetuai sebuah parti politik berfahaman kiri jauh iaitu Economic Freedom Fighters pada bulan Julai 2013. Sebelum ini, beliau mengganggotai Kongres Kebangsaan Afrika dari ketika usia 9 tahun lalu memegang pangkat sebagai presiden sayap belia parti tersebut dari 2008 sehingga pemecatannya pada bulan April 2012 ketika berusia 31 tahun.