Juliana Evans
Juliana Evans | |
|---|---|
| Kelahiran | Juliana Sophie binti Johari Evans 5 Julai 1989 |
| Pusat pendidikan | Western Michigan University Sunway University New York Film Academy |
| Pekerjaan | Pengacara, pelakon, model |
| Tahun aktif | 2001–kini |
| Ketinggian | 5 ft 5 in (1.65 m) |
| Pasangan | YM Tengku Shariffuddin Shah bin Tengku Sulaiman Shah Alhaj (k. 2017) |
| Anak-anak |
|
| Ibu bapa |
|
Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans (dilahirkan pada 5 Julai 1989) merupakan seorang pengacara, pelakon dan model iklan Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan Remaja di TV3.
Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah berkata-kata hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH). Che Puan Juliana pernah mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV. Selain aktif mengacara, beliau juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering terlibat dalam beberapa siri drama dan filem.