Jules Verne

Jules Verne
LahirJules Gabriel Verne
(1828-02-08)8 Februari 1828
Nantes, Perancis
Meninggal dunia24 Mac 1905(1905-03-24) (umur 77)
Amiens, Perancis
Tempat pengebumianTanah Perkuburan La Madeleine, Amiens, Perancis
PekerjaanPenulis, penyajak dan penulis drama
WarganegaraPerancis
Tempoh1850–1905
Karya terkenal
PasanganHonorine Hebe du Fraysse de Viane (Morel) Verne
AnakMichel Verne, 2 anak tiri
Tandatangan

Jules Gabriel Verne [jul ga-bri-yél vĕn] / [ʒyl vɛʁn]; 8 Februari 1828 – 24 Mac 1905) merupakan seorang novelis, penyajak dan penulis drama dari Perancis.

Kemasyhuran beliau dilihat berbeza mengikut penutur bahasa - beliau dikenali di Perancis dan benua Eropah atas pengaruhnya terhadap unsur surealisme dalam penulisan sastera, namun para pembaca dalam kalangan penutur bahasa Inggeris (juga merangkumi alam Komanwel) lebih mengenalinya melalui karya cereka sainsnya.

Idea-idea yang dibawa daripada karya cereka sains inilah yang telah banyak mempengaruhi tokoh-tokoh terkenal baik dari bidang kesusasteraan (termasuk Jean Cocteau, Julio Cortázar, Antoine de Saint-Exupéry dan Jean-Paul Sartre) mahupun penyelidikan sains (termasuk Guglielmo Marconi, Simon Lake, Wernher von Braun dan Yuri Gagarin).