Juicy J
Juicy J | |
|---|---|
Juicy J (depan) tampil dengan Three 6 Mafia dan rakan kugiran DJ Paul | |
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Jordan Michael Houston |
| Juga dikenali sebagai | Jordan, Michael |
| Kelahiran | 5 April 1975 Memphis |
| Asal | North Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat |
| Warganegara | Amerika Syarikat |
| Genre | Hip hop |
| Pekerjaan | Penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lagu |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 1991–kini |
| Diskografi | Lihat: Juicy J discography (en) dan Juicy J production discography (en) |
| Syarikat rakaman | Kemosabe, Taylor Gang, Columbia (kini) Hypnotize Minds, North North Records, Select-O-Hits (dahulu) |
| Anggota bagi | Three 6 Mafia |
| Kegiatan berkaitan | Three 6 Mafia, 2 Chainz, French Montana, Lil Wayne, Lil Wyte, Project Pat, Wiz Khalifa |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | www.thejuicyj.com |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Jordan Michael Houston (lahir 5 April 1975), iebih dikenali dengan nama pentas Juicy J, ialah seorang penyanyi rap, penulis lagu dan penerbit rakaman Amerika dari Memphis, Tennessee. Beliau ialah ahli pengasas kumpulan hip hop Three 6 Mafia, yang ditubuhkan pada tahun 1991. Pada tahun 2002, beliau melancarkan album solo pertamanya Chronicles of the Juice Man, di antara projek Three 6 Mafia. Pada tahun 2011, Juicy J mengumumkan penandatanganan untuk Wiz Khalifa di Taylor Gang Records dan pada tahun berikutnya untuk Columbia Records dan Dr. Luke di Kemosabe Records. Juicy J melancarkan Stay Trippy, album studio ketiganya di bawah label tersebut pada 27 Ogos 2013. Beliau ialah adik kolaborator dan penyanyi rap Amerika Project Pat.