Judd Apatow

Judd Apatow
Apatow di Festival Filem Tribeca 2012
Kelahiran (1967-12-06) 6 Disember 1967
Flushing, Queens, New York, Amerika Syarikat
PendidikanSyosset High School
Pusat pendidikanUniversiti California Selatan
PekerjaanPengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon, pelawak
Tahun aktif1985–kini
PasanganLeslie Mann (k. 1997)
Anak-anakMaude Apatow
Iris Apatow
Laman web rasmijuddapatow.com

Judd Apatow (/ˈæpət/; lahir 6 Disember 1967) merupakan seorang pengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon dan pelawak Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas Apatow Productions, yang menerbitkan dan membangunkan siri televisyen Freaks and Geeks, Undeclared, Girls, Love dan Crashing. Beliau juga dikenali sebagai pengarah filem The 40-Year-Old Virgin (2005), Knocked Up (2007), Funny People (2009), This Is 40 (2012) dan Trainwreck (2015).