Judas Iscariot

Judas Iscariot atau Yudas Iscariot (bahasa Ibrani: יהודה איש־קריות, Yəhûḏāh ʾΚ-qəriyyôṯ) (meninggal sekitar tahun 29–33 Masihi) anak Simon Iscariot merupakan salah seorang dari 12 Hawari mengikut Perjanjian Baru. Dia bertugas sebagai bendahara.

Di kalangan orang Kristian, nama Yudas Iscariot sudah tidak asing lagi. Dia dianggap sebagai pengkhianat kerana telah menyerahkan Jesus Christ kepada imam-imam kepala Yahudi dengan harga royalti sebanyak 30 keping perak. Kitab Bible juga mencatatkan bahawa Yudas mati dengan kondisi perut terbelah dan semua isi perutnya keluar. Tempatnya telah digantikan oleh Matias setelah kesebelas murid membuang undi untuk menentukan siapa orang ke-12 yang akan menggantikannya.