Joseph von Fraunhofer
Joseph von Fraunhofer | |
|---|---|
| Kelahiran | 6 Mac 1787 Straubing, Elektorat Bavaria |
| Meninggal dunia | 7 Jun 1826 (umur 39) |
Joseph Ritter von Fraunhofer (6 Mac 1787 - 7 Jun 1826) ialah seorang ahli fizik Bavaria dan pengeluar kanta optik. Beliau membuat kanta optik dan kanta teleskop optik akromatik, mencipta spekroskop, dan mengembangkan kren difraksi. Beliau juga menemui dan mengkaji garis penyerapan gelap dalam spektrum Matahari yang kini dikenali sebagai garis-garis Fraunhofer.