Jon Bon Jovi

Jon Bon Jovi
Bon Jovi membuat persembahan pada tahun 2017
Kelahiran
John Francis Bongiovi Jr.

(1962-03-02) 2 Mac 1962
Perth Amboy, New Jersey, USA
PendidikanSt. Joseph High School
Sayreville War Memorial High School
Pekerjaan
  • Penyanyi-penulis lagu
  • penerbit rakaman
  • dermawan
  • pelakon
Tahun aktif1975 - kini
PasanganDorothea Hurley (k. 1989)
Anak-anak4
Ibu bapaJohn Francis Bongiovi Sr.
Carol Sharkey
SaudaraTony Bongiovi (sepupu)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzik
  • Vokal
  • gitar
DiskografiLihat: Jon Bon Jovi discography (en)
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Laman web rasmibonjovi.com

John Francis Bongiovi Jr. (lahir 2 Mac 1962), lebih dikenali sebagai Jon Bon Jovi, ialah penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, dermawan, dan pelakon Amerika Syarikat. Bon Jovi terkenal sebagai penyanyi sekaligus pengasas dan ketua utama kumpulan rock pemenang Anugerah Grammy, Bon Jovi, yang dibentuk pada tahun 1983.

Bon Jovi telah mengeluarkan 14 album studio bersama kumpulannya; Sehingga kini, kumpulan ini telah menjual lebih daripada 130 juta album di seluruh dunia. Bon Jovi juga telah menerbitkan dua album solo. Pada tahun 1990-an, Bon Jovi memulakan kerjaya lakonan, membintangi dalam filem-filem Moonlight and Valentino dan U-571 dan muncul di televisyen di Sex and the City, Ally McBeal dan The West Wing.

Sebagai penulis lagu, Bon Jovi telah dimasukkan dalam Songwriters Hall of Fame pada tahun 2009. Pada tahun 2012, Bon Jovi menduduki tempat #50 dalam senarai "Power 100" Billboard Magazine, kedudukan "Orang Yang Paling Berkuasa dan Berpengaruh Dalam Perniagaan Muzik". Pada tahun 1996, Majalah People menamakannya salah satu daripada "50 Orang Paling Cantik Di Dunia". Pada tahun 2000, People menganugerahkan beliau "Sexiest Rock Star".

Bon Jovi ialah pengasas dan pemilik majoriti pasukan Liga Bola Sepak Arena, Philadelphia Soul. Beliau ialah pengasas Yayasan The Jon Bon Jovi Soul, yang ditubuhkan pada tahun 2006.