Jon Anderson
Jon Anderson | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | John Roy Anderson |
| Juga dikenali sebagai | John, Roy |
| Kelahiran | 25 Oktober 1944 Accrington (en) |
| Warganegara | United Kingdom |
| Genre | Rock progresif, rock simfoni, Pop rock, zaman baru |
| Pekerjaan | Penyanyi, penggubah, penulis lagu, pemain gitar, artis rakaman dan pemuzik |
| Alat muzik | Ukulele, suara, gitar dan Harp |
| Tahun aktif | 1963 |
| Diskografi | Lihat: Jon Anderson discography (en) |
| Syarikat rakaman | Columbia Records Atlantic Records |
| Anggota bagi | Yes (kugiran) (1968–2004) |
| Subkumpulan/subunit bagi | Jon and Vangelis (en) |
| Kegiatan berkaitan | Yes Jon & Vangelis |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | jonanderson.com |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Jon Anderson (lahir 25 Oktober 1944) ialah seorang pemuzik England, vokalis kumpulan rock progresif Yes.
Dilahirkan sebagai John Roy Anderson di kota Accrington, Lancashire, England, kepada Albert dan Kathleen Anderson, beliau mula bergiat aktif sebagai ahli kumpulan "Little John's Skiffle Group". Selepas berhenti belajar di sekolah pada usia 15 tahun, beliau bekerja sebagai petani, pemandu trak dan tukang susu.
Pada tahun 1962, Anderson menyertai kumpulan The Warriors (juga dikenali sebagai The Electric Warriors), yang mana beliau dan abangnya Tony berdua menjadi penyanyi utama. Beliau keluar dari kugiran itu pada 1967 dan mengeluarkan dua single solo pada tahun berikutnya. Beliau juga kemudian menyanyi bersama kugiran The Gun dan The Open Mind.
Pada musim panas 1968, Anderson menyertai kumpulan Mabel Greer's Toyshop, yang juga terdiri daripada pemain bes Chris Squire dan gitaris Peter Banks. Tapi sebelum musim panas itu berakhir, Anderson keluar lagi. Mereka bertiga kemudian membentuk Yes bersama pemain dram Bill Bruford dan pemain keyboard Tony Kaye. Album pertama mereka dikeluarkan pada 1969.