Johnny Logan
Johnny Logan | |
|---|---|
Logan, 2024 | |
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Seán Patrick Michael Sherrard |
| Juga dikenali sebagai | "Mr Eurovision" |
| Kelahiran | 13 Mei 1954 Frankston, Victoria, Australia |
| Warganegara | Ireland |
| Genre | Folk |
| Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik |
| Alat muzik | Vokal, gitar |
| Tahun aktif | 1978–kini |
| Diskografi | Lihat: Johnny Logan discography (en) |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Pasangan/bekas pasangan | Burçin Orhon (1984–1990) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | www |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Johnny Logan (lahir Seán Patrick Michael Sherrard; 13 Mei 1954) ialah penyanyi dan komposer Ireland kelahiran Australia. Beliau dikenali sebagai satu-satunya penyanyi yang pernah memenangi Pertandingan Lagu Eurovision dua kali, pada tahun 1980 dan 1987. Beliau juga mengarang lagu kemenangan pada 1992.
Logan pertama kali memenangi Pertandingan Lagu Eurovision pada tahun 1980, dengan lagu "What's Another Year" yang ditulis oleh Shay Healy. Pada tahun 1984, Logan menggubah lagu "Terminal 3" yang berada di tempat kedua di Eurovision, yang dipersembahkan oleh Linda Martin. Beliau memenangi pertandingan untuk kali kedua pada tahun 1987 dengan "Hold Me Now", yang juga ditulis sendiri olehnya. Kemenangan ketiganya hadir pada tahun 1992, sebagai penggubah penyertaan kemenangan Linda Martin "Why Me?".