John Ha Tiong Hock
| Tuan Yang Terutama Datuk John Ha Tiong Hock | |
|---|---|
| Gereja | Roman Katolik |
| Keuskupan Agung | Kuching |
| Dilantik | 16 Julai 2003 |
| Tempoh berakhir | 4 Mac 2017 |
| Didahului oleh | Peter Chung Hoan Ting |
| Diganti oleh | Simon Peter Poh Hoon Seng |
| Perintah | |
| Penahbisan | 14 Disember 1972 |
| Pengabdian | 6 Jun 1998 |
| Butiran peribadi | |
| Kelahiran | 5 Mac 1947 Kuching, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak |
| Warganegara | Malaysia |
| Mazhab | Roman Katolik |
| Lambang | |
Uskup Agung Emeritus Datuk John Ha Tiong Hock (dilahirkan pada 5 Mac 1947 di Kuching, Sarawak), telah ditahbiskan sebagai paderi pada 14 Disember 1972, dan telah dilantik sebagai Uskup Tambahan Kuching pada 17 Januari 1998. Beliau diabdikan sebagai uskup pada 6 Jun 1998. Beliau dilantik sebagai Uskup Agung Kuching pada 23 Jun 2003, dan dilantik secara rasmi pada 16 Julai 2003. Pada 4 Mac 2017, beliau meletak jawatan sebagai Uskup Agung, menyerahkan keuskupan itu kepada Uskup Tambahannya, Simon Peter Poh Hoon Seng. Beliau juga merupakan presiden Suruhanjaya Alkitab Episkopal Malaysia-Singapura-Brunei.