Abdul Zamin bin Abdul Kadir

Joe Wings
Nama lahirAbdul Zamin bin Abdul Kadir
Juga dikenali
sebagai
Joe Wings, Joe Prime Domestic, Jo Branko, Joe Scandals, Joe Barbarik
Kelahiran (1969-10-08) 8 Oktober 1969
Asal Muar, Johor
Malaysia
GenreRock
PekerjaanPemuzik, Komposer, Penerbit Album, Pelakon, Penyanyi
Alat muzikGitar Elektrik (Utama)
Tahun aktif1984-kini
Syarikat rakamanAnggerik Menawan Sdn Bhd
Kegiatan berkaitanPrimeD, Prime Domestic, Barbarik, Wings, Scandals,
sunting ยท sunting di Wikidata

Abdul Zamin Abdul Kadir (lahir 8 Oktober 1969) atau lebih dikenali sebagai Joe Wings atau juga Joe Branko merupakan seorang bekas pemain gitar utama kumpulan , Scandals, Wings, penerbit album, pemuzik undangan, pencipta lagu, penulis lirik, pengarah muzik, juri, pelakon dan penyanyi di Malaysia. Beliau pernah menjadi pemain gitar utama untuk menyertai kumpulan Blood Angels dan seterusnya mereka menukar nama kepada Blood World (kini dipanggil Terra Rossa) (1984-1986). Kemudian Joe menjadi pemain gitar kedua untuk menubuhkan Scandals (1986-1988) dan kemudiannya Kumpulan Wings. Setelah 28 tahun bersama Wings kini Joe menubuhkan kumpulan terbaharunya bernama Prime Domestic dan terkini Barbarik bersama Mus, Ainol & Rozaimie.