Jodelle Ferland

Jodelle Ferland
Ferland pada 2016
Kelahiran
Jodelle Micah Ferland

(1994-10-09) 9 Oktober 1994
Nanaimo, British Columbia, Kanada
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1996–kini

Jodelle Micah Ferland (lahir 9 Oktober 1994) ialah seorang pelakon wanita Kanada. Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak pada usia empat tahun dalam filem televisyen Mermaid (2000) yang mana beliau memenangi Anugerah Artis Muda dan menerima pencalonan Anugerah Emmy Daytime, menjadikannya calon termuda dalam sejarah Emmy. Kerjayanya berkembang dengan peranan dalam filem televisyen Carrie (2002), filem seram They (2002), Tideland (2005), Silent Hill (2006) dan Case 39 (2009), dan filem komedi Good Luck Chuck (2007). Beliau juga membintangi siri televisyen Kingdom Hospital (2004).

Dari 2010-an, Ferland mempunyai peranan dalam filem fantasi romantik The Twilight Saga: Eclipse (2010) dan filem seram The Cabin in the Woods (2011) dan The Tall Man (2012). Beliau uga telah membintangi siri televisyen Dark Matter (2015–2017), yang memperoleh pencalonan Anugerah Saturn.