Jockie Soerjoprajogo
Jockie Soerjoprajogo | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Kelahiran | 14 September 1954 Demak, Jawa Timur, Indonesia |
| Warganegara | Indonesia |
| Meninggal dunia | 5 Februari 2018 (umur 63) Jakarta, Indonesia |
| Pekerjaan | Pemuzik dan penulis lagu |
| Alat muzik | Keyboard |
| Tahun aktif | s. 1967–2018 |
| Kegiatan berkaitan | God Bless |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Jockie Soerjoprajogo (Ejaan yang Disempurnakan: Yockie Suryoprayogo; sebutan [ˈjoki sʊrjopraˈjoɡo]; 14 September 1954–5 Februari 2018) merupakan seorang penulis lagu dan pemuzik Indonesia. Beliau merupakan salah seorang pengasas kumpulan rock Indonesia, God Bless bersama Ahmad Albar.
Dilahirkan di Demak, Jawa Timur, Jockie memulakan kerjaya muziknya semasa belajar di sekolah menengah di Balikpapan, Kalimantan Timur. Selepas bekerja dengan kugiran di Jakarta dan Surabaya, pada tahun 1973, beliau bergabung dengan Ahmad Albar, Donny Fattah dan Ludwig Leeman untuk membentuk God Bless; beliau tetap bersama kumpulan ini secara berselang hingga 1993. Jockie juga bekerja dengan artis seperti Chrisye dan Iwan Fals, akhirnya menulis dua lagu—"Kehidupan" dan "Kesaksian"—yang disenaraikan oleh Rolling Stone Indonesia sebagai antara lagu-lagu Indonesia terbaik sepanjang zaman.