Joan Jett

Joan Jett
Kelahiran
Joan Marie Larkin

(1958-09-22) 22 September 1958
Wynnewood, Pennsylvania, Amerika Syarikat
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pemuzik
  • pelakon
Tahun aktif1975–kini
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzik
  • Vocals
  • guitar
DiskografiLihat: Joan Jett discography (en)
Syarikat rakaman

Joan Jett (nama asal Joan Marie Larkin, lahir 22 September 1958) ialah seorang penyanyi, gitaris, penghasil rakaman dan pelakon wanita Amerika. Jett dikenali sebagai wanita utama dalam kugirannya Joan Jett & the Blackhearts, dan penubuhan dan penampilannya dalam The Runaways, yang melancarkan lagu hit "Cherry Bomb". Dengan The Blackhearts, Jett dikenali melalui lagu olahan "I Love Rock 'n' Roll" yang memperoleh tempat pertama dalam carta BillboardHot 100 selama tujuh minggu pada 1982. Lagu-lagu terkenal lain termasuk "Bad Reputation", "Light of Day", "I Hate Myself for Loving You" dan versi saduran "Crimson and Clover", "Do You Wanna Touch Me (Oh Yeah)" dan "Dirty Deeds Done Dirt Cheap".

Jett memiliki julat suara mezzo-soprano. Beliau memiliki tiga album dengan pengiktirafan platinum atau emas RIAA. Beliau digelar sebagai "ratu Rock 'n' Roll", dan pada 2015, Joan Jett & the Blackhearts dimasukkan ke dalam Rock and Roll Hall of Fame.