Jim Parsons
Jim Parsons | |
|---|---|
Parsons, 2013 | |
| Kelahiran | James Joseph Parsons 24 Mac 1973 |
| Pusat pendidikan | University of Houston University of San Diego |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1994–kini |
| Pasangan | Todd Spiewak (k. 2017) |
James Joseph Parsons (lahir 24 Mac 1973) merupakan pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi watak Sheldon Cooper dalam sitkom The Big Bang Theory yang melayakkan memenangi beberapa anugerah termasuk empat kali pemenang Pelakon Lelaki Siri Komedi Terbaik di Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globe.
Pada tahun 2011, Parsons memulakan lakonan pementasan Broadwat menerusi pementasan The Normal Heart sebagai Tommy Boatwright yang mana beliau menerima pencalonan untuk Anugerah Drama Desk. Beliau kemudiannya memegang semula watak tersebut apabila naskah tersebut diadaptasi ke dalam filem.
Parsons tinggi di New York City dalam kejiranan Gramercy Park selain mempunyai kediaman di Los Angeles. Bapa beliau meninggal dunia pada 29 April 2001 apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pada 23 Mei 2012, sebuah artikel dalam The New York Times menyatakan Parsons merupakan seorang gay dan mempunyai hubungan dengan pasangannya hampir 10 tahun. Parsons dan pasangan beliau, Todd Spiewak iaitu seorang pengarah seni telah melangsungkan perkahwinan pada Mei 2017 di New York.