Jim Henson

Jim Henson
Henson di Anugerah Emmy 1989.
Kelahiran
James Maury Henson

(1936-09-24)24 September 1936
Greenville, Mississippi, AS
Meninggal duniaMei 16, 1990(1990-05-16) (umur 53)
PekerjaanTukang boneka, pengarah filem dan penerbit televisyen
PasanganJane Henson (k. 1959–1990)
Anak-anakLisa Henson
Cheryl Henson
Brian Henson
John Henson
Heather Henson

James Maury "Jim" Henson (24 September 1936 – 16 Mei 1990), ialah salah seorang tokoh boneka yang paling ternama dalam sejarah Amerika Syarikat. Beliau merupakan pencipta The Muppets, dan juga punca kejayaan siri televisyen Sesame Street dan The Muppet Show dan filem-filem seperti The Muppet Movie (1979), di samping mencipta boneka-boneka tercanggih untuk projek-projek seperti Fraggle Rock, The Dark Crystal, Labyrinth dan Return of the Jedi. Selain itu, beliau juga seorang sutradara filem yang pernah meraih Anugerah Oscar, penerbit televisyen yang pernah dikurniakan Anugerah Emmy, dan pengasas The Jim Henson Company, Jim Henson Foundation, dan Jim Henson's Creature Shop.

Henson meninggal dunia dengan tiba-tiba pada 16 Mei 1990, akibat penyakit pneumonia streptokokus. Semenjak itu, syarikat-syarikat yang dibuka oleh Henson kini dikendali oleh anak-anaknya agar terus menyumbangkan karya-karya kepada dunia perfileman dan televisyen.

Pada 26 September 1992, Henson dikurniakan anugerah Courage of Conscience Award sebagai pengiktirafan kepada dirinya selaku seorang "humanitarian, muppeteer, penerbit dan pengarah filem-filem kanak-kanak yang menyemai nilai toleransi, perpaduan antara kaum, kesaksamaan dan keadilan."