Jessica Mauboy

Jessica Mauboy
Mauboy pada 2018
Kelahiran
Jessica Hilda Mauboy

(1989-08-04) 4 Ogos 1989
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
Tahun aktif2003–kini
PasanganThemeli Magripilis (k. 2022)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
DiskografiLihat: Jessica Mauboy discography (en)
Syarikat rakaman
  • Sony
  • Ministry of Sound
  • Warner
Kegiatan berkaitanYoung Divas, Midnight Oil

Jessica Hilda Mauboy (lahir 4 Ogos 1989) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon wanita Australia. Dilahirkan dan dibesarkan di Darwin, Wilayah Utara, beliau mula dikenali pada tahun 2006 dalam musim keempat Australian Idol, yang mana beliau menjadi naib juara dan kemudiannya menandatangani kontrak rakaman dengan Sony Music Australia. Selepas mengeluarkan album persembahan secara langsung Idol beliau dan menjadi ahli kumpulan gadis Young Divas dalam tempoh jangka pendek pada tahun 2007, Mauboy mengeluarkan album studio sulungnya, Been Waiting, pada tahun berikutnya. Ia termasuk single nombor satu pertamanya, "Burn", dan menjadi album kedua terlaris Australia pada tahun 2009, menerima pensijilan platinum berganda oleh Persatuan Industri Rakaman Australia (ARIA).