Jerry Yang (usahawan)
Jerry Yang | |
|---|---|
Jerry Yang | |
| Kelahiran | 6 November 1968 |
| Pekerjaan | Pengasas bersama, KPE dan Ketua Yahoo! Inc. |
| Nilai bersih | AS$2.2 bilion (2007) |
| Pasangan | Akiko Yamazaki |
Jerry Yang Chih-Yuan (lahir 6 November 1968) ialah usahawan Amerika-Taiwan, pengasas bersama Yahoo! Inc dengan David Filo, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (atau Ketua Yahoo, sebagaimana yang digelarnya) untuk syarikat tersebut.
Pada tahun 2007, nilai bersih Yang dianggar pada AS$2.2 bilion dan dengan itu, ditempatkan sebagai orang yang ke-432 terkaya di dunia, menurut majalah Forbes.