Jerawat
| Jerawat | |
|---|---|
| Pengkhususan | Dermatologi |
| sunting | |
Jerawat adalah sejenis komedo yang disebabkan oleh sebum berlebihan dan sel-sel kulit mati terperangkap di pori-pori kulit. Dalam keadaannya yang lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi pustul atau papul. Jerawat boleh dirawat dengan ubat-ubatan akne, antibiotik dan anti-radang yang dipreskripsi oleh seorang doktor, atau pelbagai di kaunter ubat yang boleh dibeli di farmasi.