Jentayu

Jentayu
جنتايو
Rawana memotong sayap Jentayu semasa menculik Sita
TeksRamayana dan versi lain-lainnya.
Maklumat peribadi
Ibu bapa
  • Aruna (father)
  • Shyeni (mother)
Adik-beradikSempati

Jentayu (Dewanagari: जटायु Jatāyū, Jawi: جنتايو) merupakan salah satu watak dalam epik Ramayana; ia putera Aruna, beradik dengan Garuda serta sahabat kepada Sempati. Jentayu ialah seekor burung yang melihat bagaimana Dewi Sita diculik oleh Rawana. Ia berusaha melawan tetapi kalah bertarung dan akhirnya mati. Tetapi ketika belum mati dan masih tenat ia masih sempat melaporkan kepada Sri Rama bahawa Dewi Sita isterinya diculik.

Tempat di mana Sri Rama mendapati Jentayu yang sedang tenat dinamakan "Jatayumangalam", sekarang dikenal sebagai "Chadayamangalam", terletak di Daerah Kollam, Kerala. Batu besar di tempat tersebut dinamai "Jatayupara", diambil dari nama Jentayu. Tempat itu dimanfaatkan sebagai tarikan pelancong.

Watak Jentayu muncul semula dalam penceritaan epik Melayu Hikayat Merong Mahawangsa di mana burung berkenaan dijadikan sekutu Merong bersama-sama melawan Garuda.