Jenna Ortega

Jenna Ortega
Ortega pada 2022.
Kelahiran
Jenna Marie Ortega

(2002-09-27) 27 September 2002
Coachella Valley, California, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012–kini

Jenna Marie Ortega (lahir 27 September 2002) ialah pelakon wanita Amerika Syarikat. Di televisyen, beliau memegang watak Young Jane dalam siri drama romantis Jane the Virgin, Harley Diaz di siri Disney Channel Stuck in the Middle, Ellie Alves di siri thriller Netflix You dan Wednesday Addams di siri komedi seram supernatural Netflix Wednesday. Pada tahun 2016, beliau meminjamkan suaranya untuk Puteri Isabel di siri animasi Disney Channel Elena of Avalor.

Karya Ortega dalam filem termasuk membintangi Annie dalam filem seram ghaib Insidious: Chapter 2 (2013), sebagai Mary Ann dalam filem terus-ke-video The Little Rascals Save the Day (2014), dan sebagai Dawn dalam drama Saving Flora (2018).