Jenjang

Burung jenjang
Grus japonensis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Gruiformes
Keluarga:
Gruidae

Vigors, 1825
Genus

Burung jenjang (Jawi: ‏بوروڠ جنجڠ‏) adalah sejenis burung dalam keluarga Gruidae bercirikan kaki dan leher panjang (yakni "jenjang"; Jawi: جنجڠ) dalam kumpulan Gruiformes. Terdapat 15 spesies burung ini dalam keluarga ini yang digolongkan ke dalam empat genus iaitu Antigone, Balearica, Leucogranus, dan Grus; burung-burung ini mendiami tanah-tanah lembap atau berumput di hampir semua benua dunia kecuali Antartika dan Amerika Selatan. Ada spesies yang berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat lain dalam suatu jarak yang jauh pada setiap musim.