Jeneral-Negara Belanda

Belanda

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Belanda



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Staten-Generaal (disebut ˈstaːtə(ŋ) ɣeːnəˈraːl ) adalah nama diberikan untuk badan parlimen kerajaan Belanda. Ia terdiri daripada dua dewan yakni Tweede Kamer ("Dewan Kedua") yang bawah dan terpenting dipilih melalui pilihan raya, dan Eerste Kamer ("Dewan Pertama" juga digelar sebagai Senat, bahasa Belanda: Senaat) yang atas dipilih secara tidak langsung oleh ahli perundangan peringkat provinsi. Bilik mesyuarat Jeneral Negara adalah di Binnenhof (Mahkamah Dalam) di Den Haag.

Badan ini asalnya menampung para wakil dari tiga darjat masyarakat (staat muf. staten jam. "kuasa") yang wujud di Belanda ketika masih di bawah pemerintahan Habsburg Sepanyol yang kemudiannya tergabung membentuk badan perwakilan memasing untuk setiap provinsi; setiap badan wakil ini pula dihimpunkan dalam suatu Staten-Generaal atau Algemene Staten ("Persebanyakan Kuasa-Kuasa Negeri").