Jemput-jemput
Jemput-jemput dikenali sebagai cucur atau cekodok pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
| Jemput-jemput جمڤوت٢ | |
|---|---|
Jemput-jemput bawang. | |
| Nama alternatif | cucur jemput-jemput |
| Jenis | kudapan |
| Jenis sajian | Penganan |
| Tempat asal | Malaysia |
| Masakan berkaitan | Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei |
| Dicipta oleh | Johor |
| Suhu penghidangan | panas |
| Bahan utama | Tepung (bahan-bahan tambahan lain seperti: pisang, ikan bilis, udang, bawang or jagung) |
| sunting · sunting di Wikidata | |