Jeffrydin


Raden Jeffrydin

DMSM (Melaka)
Kulit piring hitam Jeffridin & The Siglap Five
Kelahiran
Raden Jeffrydin bin Raden Imbromsoekaman

(1947-06-18) 18 Jun 1947
WarganegaraSingapura
Nama lainJeffydin
PasanganRashidah Abdullah
Anak-anak3
Kerjaya muzik
Alat muzikVokal

Datuk Raden Jeffrydin bin Raden Imbromsoekaman atau lebih dikenali sebagai Raden Jeffrydin (lahir 18 Jun 1947) merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an. Ketika itu, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Jeffrydin menjadi kegilaan peminat sebagaimana Allahyarham A. Ramlie. Beliau selalu diserbu peminatnya pada setiap pertunjukkan hingga bajunya pernah koyak-koyak dan tercabut butang. Malah albumnya, EP Kenanganku pernah dijual melebihi 150,000 unit ketika itu.